adv

28 February 2011

SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA ... : - )

Klik Disini

Sabtu & ahad akuu OFF sekejap daripada Intenet ...fokus pada rumah & anak2...banyak yang kena buat & banyak lagi yang tak terbuat...perlukaH aku ambil maid???... Oh no no no...
Pagi ini log on Blog ternampak entry drp Saudara Ben Ashaari honestly aku blur ha ha ha seblur monday blues....

Buat Vlogger Malaysia - berbangga dengan anda, ignore dengan sampah sarap yang mengutuk & kritik - all the best..muahhhh...benda baru memang akan ada yang menyokong & menolak namun percayalah suatu hari nanti ia akan berguna kepada yang telah menolak & mencercanya,


The world's biggest family: The man with 39 wives, 94 children and 33 grandchildren

he he he kalau la bini2 dia pandai berfacebook aku rasalah dia la yang kena guling selepas Hosni Mubarak & Gaddafi ......


By Daily Mail Reporter
Last updated at 9:39 PM on 19th February 2011


• Ziona Chana lives with all of them in a 100-room mansion
• His wives take it in turns to share his bed
• It takes 30 whole chickens just to make dinner
He is head of the world's biggest family - and says he is 'blessed' to have his 39 wives.

Ziona Chana also has 94 children, 14-daughters-in-law and 33 grandchildren.

They live in a 100-room, four storey house set amidst the hills of Baktwang village in the Indian state of Mizoram, where the wives sleep in giant communal dormitories.


The full monty: The Ziona family in its entirety with all 181 members



You treat this place like a hotel: With 100 rooms the Ziona mansion is the biggest concrete structure in the hilly village of Baktawng

Mr Chana told the Sun: 'Today I feel like God's special child. He's given me so many people to look after.

'I consider myself a lucky man to be the husband of 39 women and head of the world's largest family.'
The family is organised with almost military discipline, with the oldest wife Zathiangi organising her fellow partners to perform household chores such as cleaning, washing and preparing meals.
One evening meal can see them pluck 30 chickens, peel 132lb of potatoes and boil up to 220lb of rice.

Coincidentally, Mr Chana is also head of a sect that allows members to take as many wives as he wants.

Feeling peckish? The senior ladies of the Chana family show what it takes just to make a meal

The wives and I: Mr Ziona Chana poses with his 39 wives at their home in Baktawang, Mizoram, India



He even married ten women in one year, when he was at his most prolific, and enjoys his own double bed while his wives have to make do with communal dormitories.
He keeps the youngest women near to his bedroom with the older members of the family sleeping further away - and there is a rotation system for who visits Mr Chana's bedroom.
Rinkmini, one of Mr Chana's wives who is 35 years old, said: 'We stay around him as he is the most important person in the house. He is the most handsome person in the village.

She says Mr Chana noticed her on a morning walk in the village 18 years ago and wrote her a letter asking for her hand in marriage.

Shared bedroom: A look inside the four-storey mansion, Chhuanthar Run - The House of the New Generation


Another of his wives, Huntharnghanki, said the entire family gets along well. The family system is reportedly based on 'mutual love and respect'

And Mr Chana, whose religious sect has 4,00 members, says he has not stopped looking for new wives.

'To expand my sect, I am willing to go even to the U.S. to marry,' he said.

One of his sons insisted that Mr Chana, whose grandfather also had many wives, marries the poor women from the village so he can look after them.



Tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri



"Mama boleh kakak buat bufday macam kawan kakak tu...ditempat yang sama", tanya kakak semalam. "Kakak ingat ckp mama dulu.... boleh buat mcm tu tetapi satu yang mama minta dari kakak kita jangan terikut dengan apa orang buat & bila kita mudah menjadi pak turut tu yang membuatkan kita lemah dan tidak ada pendirian", terang ku pada puteri sulung. "Tapi mama kita buat di rumah anak yatim sambil meraikan & mengembirakan mereka," celah kakak. "tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri dalam apa pun yang kita buat demi kebaikan dan kebajikan...kalau kita war-warkan takut nanti kita terperangkap dalam riak", terangku lagi. Kakak mengangguk dan aku rasa dia faham kerna dia amat pintar menterjemahkan apa saja kata-kata yang keluar dari lubuk jiwaku.

Dulu semasa belajar beberapa kali aku berkunjung ke rumah anak yatim Hulu Klang kerana kebetulan ada seorang kawan baik menjadi penghuni di sana. Banyak perkara mengenai mereka dapat aku selami .......dan semoga ramai diluar sana menjadi lebih pemurah kepada anak2 yatim sebagaimana yang dilakukan oleh jiranku.

Banyak perkara yang abah & mak lakukan untuk mendidik kami walaupun secara tidak langsung ianya meresap kejiwa. Misalnya...di pida sanglang dulu kerap berlaku penyelupan beras dimana penyeludup mengunakan jalan2 pida untuk melarikan diri drp polis jika dikejar mereka akan membuang beras2 di jalan untuk menghalang pihak berkuasa, ada penduduk yang pergi mengambil beras2 tadi tetapi abah ada pendiriannya sendiri....


Didiklah anak berpendirian tegas dan tidak mudah terpedaya dengan material dunia. Didiklah mereka cintakan Allah SWT, cintakan Rasul, cintakan saudara mara & keturunan mereka ........biar mereka berbangga dengan agama mereka dan akar mereka. Dan bila mereka membesar mereka mampu menjadi pemimpin yang tangan kanan memberi dlm masa yang sama sorokkan tangan kiri.....mampu menjadi pemimpin seberani Salehhudin Al Aiyubi & menjadi pemimpin yang beriman sebagaiman Al Fateh yang memecahkan kubu KOTA KOSTANTINOPEL.....semoga kita dapat mengembalikan kegemilangan Islam yang kian malap di Malaya ini.



27 February 2011

Lelaki tua lebih menjadi pilihan wanita muda.....ada statistik ke??

Lelaki tua lebih menjadi pilihan wanita muda....erm klu back to 13 tahun lepas pun aku tidak akan pilih lelaki tua...esp yg kepala bolak, buncit Ohh no no no....tak sanggup u. Pernah dulu semasa buat kerja part time waktu belajar di Holiday Inn City Centre, KL ada seorang tua yang bergelar dato' cuba *pasang jarum* siap bagi duit lagi nasib baik aku bukan mata duitan, aku bukan yang mudah termakan pujian & yang utama sorry orang tua "u not my taste...uwek" ....Apapun orang tua biang keladi ni memang mulut manis so anak dara luar sana hati2lah ye jangan mudah terpedaya....kalau kita tahu % kecantikan setakat mana jadi kita boleh menilai tujuan org yang memuji.
Ada beza beb orang tua dengan orang muda ...he he he hanya jauhari yaang mengenal manikam....yeke orang tua lebih romantik geli geleman bulu tengkuk aku ....untuk enjoy hidup yang sebenar carilah mereka yang sebaya & ...
he he he tak sanggup lah nak sopink berjalan ngan org tua silap haribulan org ingat bapa.....tapi Berita Harian ckp Lelaki tua lebih menjadi pilihan wanita muda ....ada statistik ke????....

SENARIO wanita muda memilih lelaki berusia sebagai pasangan kini seakan menjadi trend. Andaiannya, mungkin mereka ingin mencari jalan pintas dan mudah untuk menikmati kesenangan, kemewahan, meningkatkan status daripada lelaki lebih matang serta berpangkat yang memiliki segala galanya dalam kehidupan. Perbezaan usia tidak menjadi hal, walaupun ada antaranya layak dipanggil bapa atau datuk. Semua itu diketepikan! Yang penting tidak perlu bersusah payah untuk berusaha keras mendapatkan semua itu, khususnya jika tidak mempunyai sebarang kelulusan tinggi. "Mereka lebih cool. Lelaki muda sangat menggelabah. Semua benda nak marah langsung tak fikir panjang. Saya pernah bercinta dengan lelaki muda dan sekarang berumur 37. Anda boleh lihat banyak perbezaan antara lelaki muda dan tua. Sebagai wanita, kadang kala bercakap, berfikir atau membuat keputusan tidak menggunakan akal fikiran sebaliknya ikut perasaan. Jika pasangan kita pun sama cara berfikir ia boleh menimbulkan perselisihan sehingga adanya kes pukul, dera dan sebagainya. Tidak seperti lelaki berusia, mereka lebih romantik dan tak menggelabah. Trust me! - Jurutera, Chieha Salihah Hashim Wanita muda menjadikan aset berwajah cantik, seksi dan manja untuk ‘memancing’ lelaki tua yang sedia menerima cintanya. Bagi lelaki tua pula, ini pula bagaikan ‘pucuk dicita ulam mendatang’. Kalau dah wanita muda yang berperwatakan sebegitu hadir menyerah dalam hidupnya sudah pasti tidak ditolak. Padah yang bakal dihadapi wanita muda bersuamikan lelaki tua atau menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, sebaik saja berkahwin kemudian tidak diambil kira.

Namun, ada juga wanita muda ini tidak bercadang menjadikan lelaki berusia itu sebagai pasangan hidupnya, tetapi sekadar sebagai ‘sugar daddy’, ‘perempuan simpanan’ atau ‘kekasih gelap’ yang dapat membiayai kehidupannya untuk hidup mewah. Begitu juga dengan lelaki tua ini, tidak semua yang mahu memperisterikannya, cuma ingin mencari ‘hiburan’. Tidak dinafikan, bukan saja orang biasa tetapi kaya, ahli politik, pegawai berpangkat tinggi, ahli perniagaan sering kali menjadi sasaran utama wanita muda.

Justeru, dek rupa paras yang lebih menawan dan bijak, ia memberikan satu kelebihan kepada wanita muda mencari lelaki yang ‘berstatus’ bagi memenuhi keinginan material.

Ahli perniagaan juga seorang ibu, Jenni Aznah-Lander, 40-an, ketika diajukan senario itu, beliau tegas menafikan tidak semua wanita muda begitu, sebaliknya ia terpulang kepada matlamat seseorang itu.
Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatiannya, senario itu agak membimbangkan terutama di bandar besar ada wanita muda menggunakan kelebihan mereka yang cantik, bergaya dan seksi untuk ‘memancing’ lelaki tua yang kebanyakan sudah beristeri yang antaranya sudah melebihi 30 tahun usia perkahwinan mereka.

“Oleh itu, tidak mustahil, banyak perceraian berlaku membabitkan pasangan tua ataupun warga emas bahana kewujudan orang ketiga yang terdiri wanita muda itu. Senario sebegini secara tidak langsung memberikan impak besar kepada lelaki muda kerana terpaksa bersaing dengan lelaki yang lebih tua. Jika dibandingkan dari segi kewangan dan karier, lelaki muda memang jauh ketinggalan,” katanya menerusi e-mel, baru-baru ini.

Jenni berkata, ada banyak sebab mengapa wanita muda lebih tertarik kepada lelaki tua, selain daripada dapat menikmati kekayaan, mereka juga mempunyai sifat romantis, bertolak ansur, tenang, suka mengalah, bergaya dan kehidupan lebih teratur berbanding lelaki muda.

Sementara itu, Pengurus Senior Penjualan Teknologi, Iqbal, Abdul Wahab, 47, berkata tidak dinafikan wanita muda memerlukan kewangan sebagai aset terutama yang hidup di kawasan bandar. Gaya hidup yang tinggi selain semuanya mahal dan harga meningkat, mereka memerlukan seseorang yang memahami apa yang dimahukan dan mampu menjaganya.

“Bagi lelaki yang sudah berumah tangga yang mempunyai kenalan di luar mungkin ia adalah ‘trofi’ mengenali wanita muda. Tetapi, mungkin hanya atas dasar kerja. Tidak dinafikan juga yang mempunyai hubungan itu atas beberapa sebab, antaranya sudah bosan dengan isteri dan tidak lagi menjaga penampilan untuk suami.

“Isteri yang kurang mengambil hal ehwal suami kerana terlalu sibuk dengan kerja harian atau di pejabat serta mengurus anak dan cucu hingga lupa suaminya juga memerlukan belaian kasih sayang,” katanya.

Namun ia bergantung kepada setiap individu untuk memilih pasangan hidup masing-masing. Dalam apa juga keadaan, masing-masing mempunyai alasan tersendiri untuk mencari pasangan. Baik si lelaki tua mahupun wanita muda. Tepuk dada tanya selera.

Komen rambang.

Pelajar Pengurusan Hotel dan Perniagaan, Amy Mimie - “Kebanyakan mereka lebih matang, understanding dan loving,”.

Pegawai Perhubungan Awam: Ikaika Zaa - “Mereka akan memastikan wanita muda berasa selamat dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil. Malah mereka lebih matang, memahami dan bijak mengawal perasaan”.

Pelajar Universiti, Dyna Latib - “Lelaki tua pandai melayan kerenah, stabil dari segi kewangan, pandai memujuk dan tidak cepat naik angin,”.

Pegawai bank, Farah Diba Yusoff - “Matang, easy calm, romantic, rasional, give and take, ada karier, caring, manja, penyayang and more experience. The leader, I just love to be with them in term of stability and comfortability.

Jurutera, Chieha Salihah Hashim - “Mereka lebih cool. Lelaki muda sangat menggelabah. Semua benda nak marah langsung tak fikir panjang. Saya pernah bercinta dengan lelaki muda dan sekarang berumur 37. Anda boleh lihat banyak perbezaan antara lelaki muda dan tua. Sebagai wanita, kadang kala bercakap, berfikir atau membuat keputusan tidak menggunakan akal fikiran sebaliknya ikut perasaan. Jika pasangan kita pun sama cara berfikir ia boleh menimbulkan perselisihan sehingga adanya kes pukul, dera dan sebagainya. Tidak seperti lelaki berusia, mereka lebih romantik dan tak menggelabah. Trust me!

25 February 2011

Nasihat Rasulullah kepada Siti Aisyah r.a...panduan untuk kita isteri2 akhir zaman



Akhir-akhir ini kebanyakkan drp isteri2 di luar sana selalu menggunakan logik akal dalam membuat keputusan ataupun mereka menggunapakai perilaku yang di lakukan oleh wanita2 di barat sana. Misalnya, jika suami curang apa kaedah yang selalu digunapakai buat apa yang dia buat biar dia rasa apa yang kita rasa. Ia umpama dendam yang tdak akan berkesudahan yang mana anak-anak yang bakal menjadi mangsa akibat tindak tanduk mak bapak yang separuh masak ini

Ini adalah artikel yang diambil dari scripter mengenai nasihat Rasulullah S.A.W kepada Syaiditina Aishah R.A yang mungkinboleh menjadi panduan kepada kita dalam memperbaiki diri menjadi mukminah yang beriman

Rasulullah SAW bersabda :

“Hai, Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahwa sebagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.”

Dan berikut beberapa Nasihat Rasulullah s.a.w kepada Aisyah tentang dosa yang dilakukan wanita menjadi penghuni neraka. Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Wahai, Aisyah, ketahuilah :

1. Bahwa wanita yang mengingkari kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah

2. Bahwa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

3. Bahwa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat.

4. Bahwa isteri yang tidak memenuhi kemauan suami-nya di tempat tidur atau menyusah-kan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

5. Bahwa wanita yang mengerjakan sholat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sholatnya.

6. Bahwa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek-robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun.

7. Bahwa wanita yang berzina akan dicambuk dihadapan semua makhluk didepan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan depalan puluh cambuk dari api.

8. Bahwa isteri yang mengandung ( hamil ) baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.

9. Bahwa isteri yang bersalin ( melahirkan ), bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

10. Bahwa wanita apabila bersuami dan bersabar dari menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.


24 February 2011

Kuruskan Badan Tanpa Ubat-Ubatan...boleh ke?



Kurus tanpa Jus Mate-5, Tanpa Debella, tanpa HerbaLife & pelbagai ubatan lagi yang aku sendiri tak tahu....tanpa pergi ke mana2 slimming center boleh ke? Apapun aku nak turunkan sedikit berat badan bukan sebab *kecantikan* tetapi lebih kepada nasihat yang diberikan oleh pakar kardio SDMC Dr Nik Isahak. Kurus dengan jalan pintas mungkin memberi kesan kepada kesihatan. Nak kurus tapi tak nak la jadi kering sekeping macam tiang lampu atau kerangka yang digunakan di makmal zaman sekolah dulu he he he...nak imagine pun takut.


1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."



Suka & Tak suka


Perkara yang aku suka :



  • Pagi hari esp kat kampung fresh saja ...sejuk & dingin...pokok2 nampak segar bugar embun masih lagi menitik di daun

  • Selepas hujan ...huuh mmg shahdu sama macam suasana pagi dingin & segar

  • Malam hari.....drp tempat tinggi he he he live from rumah aku la nampak KL view ....

  • Malam hari di pida sanglang langit terbentang luas penuh ditaburi bintang berburuj

  • gather ngan family tak kisahla side mat atau pun aku

  • dapat balik kedah.....heaven rasanya


Yang tak suka :



  • Pasaraya & trafic yang sesak

  • Tengah hari - Panas

  • Pantai - sunburn

  • Kerja last minute

  • ada org drive kereta mcm nak tour kat fast lane

  • orang yang suka mengumpat & mengadu domba, kalau tak puas hati ckp depan2 la







10 Alasan Kenapa Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang


Perkara sebegini memang haram jangan sesekali kita mendekati yang haram & kepada hubby kat luar sana tu hati2 jangan dayus sekiranya wife anda terlibat dalam cerita sebegini....pasti memasing akan cuba coverline bila hal sebenar diketahui umum.... Dulu aku pernah melihat satu kejadian ditempat lama aku berkerja .....pagi hari suami menghantar sang isteri selepas suami pergi datang pula pakwe yang juga suami orang memimpin pergi breakfast.....masa tu tahun 1997.... sekarang tak tahu la nak cakap macam mana...nauzubillah.


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!


Mengapa Aku tak suka ke Hypermarket



Dulu memang kerja dengan Hypermarket so wajib la buat groceries di hypermatket tp sekarang bye bye hypermarket....beberapa faktor menyebabkan aku malas atau segan bak kata orang kedah nak ke hypermarket.

1. Overspending - aku tak tau la orang lain tapi kalau aku memang ya..konon nak pergi beli susu anak, beras, & bla bla bla dalam RM100 tetapi terbeli entah apa2 ...sebab aku ke hypermarket selalunya untuk meruncit barang lain aku jarang sangat beli disini. Jadi bila dah teroverspend aku jadi sedih kalau sebulan tak per ini berbulan2 jika di accumulated & masuk dalam tabung haji kan dah boleh jadi Hajjah Salina.

2. Majoriti hypermarket di Malaysia milik orang asing....cthnya Tesco (UK - ownernya pula Jews so sesapa yg anti Israel tu fikir abih2 sebelum melangkah masuk ke Tesco), Giant - (dulu milik M'sia tp dah jual pada mat saleh Hong Kong), Carrefour - kalau tak salah France.....kita support M'siannyer bizz buat apa nak support orang asing kan sah sah profit hantar balik negeri

3. Jarak - sekarang aku pilih groceries kat pasaraya kecik di Puchong Perdana ataupun OTK di Puchong Prima...to mom outside nak bagi tau pasaraya PP di Puchong Perdana tu Huggies dia mmg murah...he he he yg lain aku tak la survey sbb As Siddiq pakai huggies saja...paling mahal pun dalam RM32.00. Susu pun murah jugak jika dibandingkan dengan harga dihypermarket. Memang dekat la 2 pasaraya kecik ini dengan rumah berbanding Tesco, Giant & Carrefour.

4. Sesak - aku pantang sesak2 ni memang aku tak suka esp kat Tesco kat area fresh nak kena Q masa nak timbang satu hal belum lagi mamat bangla yang tak reti bahasa suka potong Q...& satu lagi sayur2, ikan & ayam di hypermarket ni memang x fresh ...tak sukaaaaa

5. Tipu harga - Price tag harga lain bila scan harga lain selalu happen di Giant...kalau aku memang akan letak balik barang tu ..ko scan ke tak kerja ko ...ini hak pengguna ..So sesapa yang pergi Giant hati2.

6.Parking - Bab parking Tesco sometimes ok tp tiap kali pi selalu kena bertawaf, Giant Bandar Puteri selalu parking kosong, Carrefour - Puchong Utama, tak suka la design dia menyusahkan customer saja. kalau kat pasaraya PP aku park je depan pasaraya tu & lengang kangkung masuk tarik 2/3 barang bayar & balah...senang dan jimat masa ...mata pun tak rambang.



Anak Jati Kedah



Anak jati kedah he he he nasib le korang berdua tak kahwin dengan orang negeri lain kalau tak sah perang dunia ke 3, apa taknya cuti wajib balik Kedah...Raya pasti kena balik kedah....boleh pinksan kalau tak makan ketupat palas masa hari raya. Bola wajib sokong Kedah bukan depan TV di Stadium...makan surela pi mencari made from Kedah. Anyway semua tu surat tertulis dan ditetapkan olehNya. Kerna Dia Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.

Kalau Dr Sam nyanyi...saya anak Malaysia....aku tukaq versi Hijau Kuning...Saya anak Kedahann...ha ha ha PROUD To Be Kedahann tp awat ramai yg kata kami dari Kelate....awat lagu tu ....Apapun sudah termaktup IC mmg -02- belongS to KeDAHAN ......

LAGU KERAMAT PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku



23 February 2011

Top 5 reasons why you hate your job

No.5: You're bored

The opposite of happiness is not sadness, they're just opposite sides of the same coin. The opposite of happiness is boredom. It's ok if you're bored 10% of the time, it happens in every kind of work, even the most exciting ones. It's not ok if you're bored 90% of the time, with boredom occasionally relieved with lunchtime or trips to the water cooler.

What can you do?
Ask to be challenged, volunteer to do what no one else wants to do, put yourself in a position where you can contribute. If this all sounds like too much work, look at reason no.3.

No.4: Your work violates your values
If you're an honest sales person and you know you're helping your company sell a lousy product, you will hate your job. If you're an accountant with integrity and you're working for a shady accounting firm who cooks up their books, you will hate your job. If you're a truthful engineer but your company asks you to cover up their illegal cost cutting measures on your latest construction project, you will hate your job.

What can you do?
If a company violates your core values, leave. There's nothing that you can do with this organization that will make you truly happy.

No.3: You feel like you're supposed to be doing something else in life
This is a long term sinking feeling. It's like being in quick sand, slowly sinking into this muddy hole without any idea how to get out and not having anyone who can help pull you out. Sure you can continue working on what you're doing right now, but you'll never achieve your best.




What can you do?
Start doing what you enjoy doing. If you don't know what it is you need to search for it. Volunteer for a cause, indulge in hobbies, talk to lots of people in other professions. Don't let anyone tell you that you cannot make money doing what you enjoy, there's always a way to monetize your passion, even stamp collecting has created millionaires.

No.2: You're not making a difference at work
One of our basic human needs is to make a difference to people around us, if we stop making a difference, we start thinking "what's the point of all this?" and then we start thinking "what am I even doing here?" then you realize that "I'm here to pay the bill", then you feel trapped in a high paying job that you hate.

What can you do?
Actively look for ways to make a difference inside and outside of work. Making a difference is not a passive event, people who make a real difference look for ways to do so, they drive through thick and thin, through rejection and idiots to triumph at the end of their efforts. You cannot steer a parked car, similarly, you cannot make a difference by just waiting.

No.1: You've got a boss from hell
If this is truly the boss from hell, and it's not just you in your entire company thinking that this is the boss from hell, then what are you still doing working for him?

What can you do?
Work for someone else. If your past 10 bosses are bosses from hell, then something's wrong with you. Break your patterns for choosing to work for bad bosses or grow your people skills.

Remember that you always have the power to take action to make your life better. A better career begins with hope, starts materializing with a plan and becomes a reality with action.


390 pelajar Malaysia selamat dari gempa bumi New Zealand

Alhamdulillah




Kesemua rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar yang berada di Christchurch, New Zealand dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas gempa bumi kuat melanda bandar raya itu hari ini.


Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay ketika dihubungi berkata pegawai di kedutaan Malaysia di Wellington telah diarahkan ke Christchurch untuk memantau keadaan di sana.

Usaha menghubungi para pelajar Malaysia di sana gagal kerana bandar raya itu dilaporkan mengalami gangguan telefon dan bekalan elektrik akibat gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter.

65 orang dilaporkan meninggal dunia akibat gempa bumi tersebut.

Ini merupakan kali kedua bandar raya itu dilanda gempa bumi dalam tempoh enam bulan, selepas kali pertama pada September lepas di mana gempa berukuran 7.1 pada skala Richter mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan jambatan.

- Bernama




Forgive Us Allah


He asks us to come to Him...

Come, and ask His forgiveness, for He would never hesitate to give it...

As long as we don't enjoin Him with others.

But sometimes, we forget ourselves.

We forget who we are,

And we forget to ask.

Are we too proud to ask?

Are we too proud?

Are we too arrogant?

Are we too forgetful?

Forgive us ya Allah...

Give us Your protection from all our wrongdoings and imperfections

Give us strength to be steadfast in this path

Let our flaws be a reminder to us

That we are only

Your servants and nothing more

Grant us your bless and love,

For only You are the Most Gracious,

Most Merciful,

Most Forgiving...


Cinta Rasul


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sesungguhnya, salafus soleh dahulu sentiasa berdoa: " Ya Allah, ampuni dosa-dosaku, ampuni nafas-nafasku yang tak rindu padaMu dan pada kekasihMu di masa lalu". Demikian keadaan mereka yang sentiasa memastikan setiap saat kehidupan diisi untuk mengingati Allah dan kekasihNya Rasulullah s.a.w seperti mana pesanan oleh Habib Ali al Jufri:

Matamu ini hidupkannya dgn kehidupan Baginda, jangan engkau memandang pada perkara yg haram,
Telingamu ini hidupkannya dgn kehidupan Rasulullah, jangan engkau mendengar sesuatu perkara dosa,
Lidahmu ini hidupkannya dengan kehidupan Rasulullah, jangan engkau berbicara melainkan ia dapat menyebabkan engkau mengingati Allah dan RasulNya,

Wahai hamba Allah yang banyak berdosa,
Hidupkan kehidupanmu dgn membaca kalam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn sunnah Rasulullah,
Hidupkan kehidupanmu dgn hukum hakam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn zikir dan ibadah pada Allah,
nescaya hidupmu kekal dlm rahmat Allah sentiasa,
sehingga Allah menghimpunkanmu bersama kehidupan sebenarnya di alam barzakh,
kemudian di hari akhirat bersama Nabi Muhammad,
kemudian di syurga firdausi yg tertinggi




22 February 2011

Amalan-amalan yang dimurah Rezeki



Semalam sempat menonton 'tanyalah ustaz @ TV9' tajuk yang dibincangkan adalah amalan2 yang memurahkan rezeki. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Ustaz itu ada cakap mungkin kita kuat beribadah, rajin baca quran namun rezeki kita seolah tersekat makan seharusnya kita kena buat check list hubungan kita dengan mak bapa...selalu balik jengok they all ka, selalu tanya habaq ka

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Part ini di tekankan terutama para isteri esp weekend - jgn tidur semula selepas subuh...biasakan anak2 bangun awal pagi.

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’am.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.





Bob Lokman sertai PAS anda bila lagi......: )

Aku no komen sbb aku kompom *atas pagar* bagi aku semua ada kelebihan dan ada kekurangan sebagaimana yang aku nyatakan dalam tulisan terdahulu Islam is the way of life & Islam adalah milik penganutnya yang beriman dan penyatuan melayu islam adalah perkara pokok. Bila melayu berpecah aku tidak tahu sampai bilakah akan bertahannya kata2 Hang Tuah, "Tidak Melayu Hilang di Dunia". Bila jiwa melayu rapuh dengan keduniaan dan bila melayu mula sebatikan budaya asing ....apakah yang tinggal dalam jasad anak melayu itu........

Bak kata kawan aku ..kita tukar semuanya ...aku tersenyum tukar bukan tak boleh cuma kita risaukan jika yg kita tukar lebih parah daripada yang ada sebagaimana lelaki2 yang mencari isteri kedua konon ingin angin baru namun hidup menjadi tidak lebih tidak keruan. Jangan kita terikut dengan gelodak rasa rakyat thai & indon ..... asyik mahu berantakkan salah sendiri tidak mahu dihitung.





PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Bob Lokman,47, hanya akan menerima watak-watak yang lebih bermanfaat dalam dunia lakonan selepas membuat keputusan menyertai parti pembangkang iaitu Pas.


Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia mahu memilih watak yang tidak mendatangkan dosa apabila sudah meninggal dunia kelak.


“Ikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, kita (saya) tak ada sumber cari makan bidang lain, jadi kemahiran kita berlakon, ustaz kata pilih watak jangan jadikan dosa bila kita tak ada di dunia ini. Carilah watak-watak yang mendatangkan manfaat,” katanya seperti dipetik dalam laman portal tvpas.com yang disiarkan menerusi youtube, Isnin.


Bob Lokman bersama Azizan Abd Razak mengangkat tangan selepas menjadi ahli Pas. - Gambar petikan tvpas.com.


Menerusi portal berita TV itu, Bob Lokman turut dilihat menyerahkan borang sebagai Ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak pada majlis Himpunan Pemuda Pas yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah pada Sabtu lalu.


Kata Bob Lokman, anaknya mempunyai masalah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan, pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.


Atas perkara itu dia bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana sehingga menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya hebat dan bangga diri.


“Masa saya muda dulu saya tak sedar sebab saya muda. Sekarang saya rasa ada tanggungjawab pada anak,” katanya.


Bob Lokman menyerahkan borang keahlian Pas kepada Azizan Abd Razak sempena Himpunan Pemuda Pas di Kota Sarang semut, Alor Setar, Kedah pada 19 Februari lalu. - Gambar petikan tvpas.com.


Wartawan portal itu turut bertanya adakah dia tidak terfikir kedudukannya dalam bidang seni akan terjejas kerana keputusan tersebut, kata Bob dia sudah bersedia menghadapi perkara itu.
Bagaimanapun ujar Bob dia menyerahkan keyakinannya kepada Allah bagi menentukan rezekinya dalam bidang seni.


“Apa yang berlaku semuanya (daripada) Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya (mahu) selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka,” katanya.


Bob Lokman sebelum ini popular dengan liriknya nyanyian kumpulan Wings dan Search seperti Intanku Kesepian, Belenggu Irama dan Isabella.



Mengapa Curang & Downgradekan diri mencari yang baru



Aku masih lagi bersedih ke atas apa yg terjadi pada kakak iparku dan aku amat marah dengan tindakan abangku sendiri. Bagi aku apapun yang terjadi usahlah kita ikut fahaman barat bila cinta sudah dingin kita berpaling pada insan lain dan menyakiti insan yang berpuluh tahun berkorban jiwa dan raga untuk kita. Insan yang mengikut runtunan hawa nafsu selalunya akan memilih jalan singkat mencari yang haram meninggalkan yang halal. Lebih menyedihkan lagi aku lihat hidup anak2 buah yang sedih dengan tingkah laku bapa yang sepatutnya menjadi pemimpin.

Bak kata abah, insan yang paling bodoh adalah insan yang melupakan pengorbanan yang orang lakukan padanya sedangkan jika dia menghargai pergorbanan tersebut hidupnya akan lebih bahagia berbanding orang lain. Dan kata mak, isteri yang baik adalah isteri yang menghormati mertuanya dan menganggap mereka seperti ibu bapa sendiri dan sifat itulah yang yang ada dalam diri kakak iparku itu.

Bila berlaku persoalan kecurangan selalunya orang akan mencari mengapa berlakunya kecurangan namun isu sebenar kecurangan adalah bila hidup bertunjangkan nafsu dan kecintaan kepada keduniaan semata-mata.

Bila membincangkan persoalan curang aku tidak berminat untuk merujuk mana2 pakar motivasi yang rata2 mencedok semula apa yang digunakan oleh barat dan di translatekan ke bahasa melayu. Bagi aku orang yang curang adalah orang yang rendah iman terutama orang yang sanggup meninggalkan yang halal demi mencari yang haram. Dan mereka yang curang juga sebenarnya mempunyai penyakit hati yang amat kronik.....sifat keras hati, degil dan juga sedikit bengap membuatkan mereka tidak memperdulikan perasaan sekeliling mereka.

Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

"Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)






21 February 2011

Open Minded or Dirty Minded



Terbaca blog Zaman berzaman tetiba teringat aku pada peristiwa yang terjadi setahun lalu..aku sebenarnya ingin melupakan peristiwa tersebut. Peristiwa tersebut mengenalkan aku pada seorang perempuan yang mengelarkan dirinya "open minded" & City Girl.....semasa dia memberitahuku aku tersenyum dalam hatiku memang budak ini dangkal ilmu. Mungkin perempuan itu merasa vogue bila setiap dirty emailnya sentiasa mendapat response jantan2 di pejabatnya. Biasalah lelaki akan menjadi jantan bila ada betina menonjol diri. Dan melalui beberapa teman yang aku kenali rapat menceritakan perihal perempuan ini aku menarik nafas panjang walaupun dia memperlekehkan diriku namun aku sedar Allah SWT lebih mengetahui dan kupasti timbalbalasnya akan diterimanya suatu hari nanti. Dan adalah dayus bagi suami membiarkan isteri menceritakan atau bercerita perihal hubungan intim dengan lelaki lain kerana perbuatan ini akan mendekatkan mereka dengan maksiat.

Kecetekan ilmu dan agama membuatkan kita dangkal menafsirkan sesuatu sebagaimana yang dikatakan dalam blog zaman berzaman .

Konsep "Open Minded" yang disebutkan di atas menolak kepercayaan tradisi sesuatu masyarakat dalam mengamalkan sesuatu kebiasaan atau adat yang tidak masuk akal tanpa mengetahui sebab-sebab dan asasnya. Dan "open minded" ini akan menjadikan kita masyarakat yang cuba mendalami ilmu juga bekerja kuat dalam merealisasikan impian kita. Misalnya, open minded dari segi menolak kepercayaan kuno nenek moyang seperti percaya perkara karut. "Open Minded" kepada ilmu dan teknologi baru yang tidak bertentangan dengan agama. Open minded bukan berfikiran bebas (dirty minded) sehinggakan seorang isteri mencanangkan cerita-cerita sex kepada lelaki lain yang bukan muhram.

Hanya si tolol yang bodoh & berfikiran seperti pelacur sahaja menganggap dirty minded itu open minded. Dan sesetengah orang hanya suka bercakap tanpa memikirkan akibat yang bakal terjadi daripada perbuatannya dan orang itu tidak pernah merasa berdosa akan perbuatannya itu.







Bertudung ala Vogue

Semalam aku dan mat tengok gambar2 teman2 di facebook, aku menarik nafas panjang ....aku ingat dulu jika ada yang belum bertudung orang itu selalu akan berkata, "ala aku belum sampai seru untuk bertudung"....dalam hati aku berkata sedangkan seruan Allah itu telah lama datang bersama2 dengan mukjizat suci iaitu AlQuran....Namun lebih menyedihkan lagi bila ada yang bertudung tetapi melakukan perkara maksiat....nauzubillah.








Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)

Seterusnya, Allah Ta’ala juga menyebut :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)


Namun dizaman ini ada pula golongan yang seolah memperlekehkan hukum Allah, ada yang bertudung tapi macam biskut sekejap pakai sekejap tidak ada pula menutup aurat setakat rambut sahaja .....badan asal pakai baju asal melekat dikulit tidak mereka kisah. Ada pula bertudung dikepala tetapi baju lenggang pendek......Yuupp mung ada yang kata apa ko kisah lubang kubur tidak sama....bagi aku apa yg ditetapkanNya itu harus dipertahankan mengapa kita hendak menjadi iguana merubah warna mengikut cuaca....Kita kata kita sayang pada ayah bonda dan sayang macam nak rak kepada suami namun perbuatan kita membuatkan orang yang kita sayang dimamah api neraka.





Rayuan Tawaran MRSM tingkatan 1 2011

Rayuan - Kemungkinan tawaran bagi panggilan kedua akan diketahui pada March ini.

* Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.
* Rayuan boleh dibuat dengan datang sendiri atau menulis kepada pihak MARA.
* Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
* Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.

Maklumat

* Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658




20 February 2011

STATISTIK DAN PUNCA PERCERAIAN: LPPKN


Akhir2 ini terlalu banyak kes penceraian kedengaran di tepi cuping telinga kebanyakkan melibatkan kecurangan pasangan. Ramai teman yang agak rapat denganku mengalami masalah ini dan ianya berakhir dengan penceraian.

Sukar bagi kita menelah permasaalah ini apapun sebagai orang dewasa kita sepatutnya matang dalam membuat keputusan mengapa dicari yang haram sedangkan yang halal telah ada. Mengapa disalahkan undang2 sedia ada sedangkan undang2 yang ditetapkan oleh Allah SWT tidak dapat kita ikuti.


Suami atau Isteri patut meletakkan Islam didalam hati dalam membuat sesuatu perkara. Jangan sampai anak2 menjadi mangsa atas tindakan yang kita buat.


KUALA LUMPUR: Langit tidak selalunya cerah..Siapa mahu keluarga yang telah dibina berakhir dengan perceraian? Siapakah si waras yang mahu bahtera rumahtangganya berakhir dengan kemusnahan? Lebih-lebih lagi bila anak-anak telah hadir di sisi menagih kasih sayang, penjagaan dan keprihatinan.

Perkahwinan dan perceraian bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau dibuat lawak. Bergegar ‘Arasy Allah bila Talaq berlaku dan Talaqlah perkara ‘halal’ yang paling dibenci Allah.


Bila sebut perkahwinan maka ia adalah ‘aqad untuk saling bertanggungjawab, beramanah, bersefahaman, bertoleransi malah ia adalah sebuah perkongsian pintar yang terbina di atas Mahabbatullah bersuluhkan iman, ilmu dan pengalaman bersumberkan firman dan sabda.

Bila perinsip asas ini gagal dihayati, maka perkahwinan hakikatnya dibina di atas dahan yang sangat rapuh. Sudahnya, ia bagaikan empangan retak yang menanti belah. Faktor-faktor lain ketika itu hanya bertindak sebagai ‘penambah perisa’ kepada ketidak tentuan dan keretakan itu.

Berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2004, telah berlaku 42.3 peratus kes perceraian dan peratusannya seperti berikut:

1. (12 peratus) disebabkan tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan,
2. (11.5 peratus) kerana tidak bertanggungjawab.
3. (8.8 peratus) kerana campur tangan mentua atau ipar duai
4. (7.1 peratus) disebabkan ketagih dadah atau alcohol
5. (1.6 peratus) kerana masalah kewangan
6. (1.1 peratus) kerana terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan
7. (0.5 peratus) kerana didera
8. (12.6 peratus) kerana factor-faktor lain

B. Perceraian disebabkan tiada persefahaman kebanyakannya membabitkan pasangan:
1. Cina, iaitu 45.8 peratus
2. Melayu (44.9 peratus)
3. India (20 peratus).

C. Perceraian disebabkan campur tangan mentua dan ipar duai:
1. India : (30 peratus)
2. Melayu (7.4 peratus)

Dilaporkan oleh Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman DI dalam kertas kerja mengenai Profil Keluarga Di Malaysia dan Kesannya Kepada Masyarakat pada Seminar Keluarga Mendepani Cabaran di Kuala Lumpur semalam.

beritaharian online@sahabatamal


Terima Kasih Cinta


Afgan - Terima Kasih Cinta

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganMU

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitiMU

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganMU

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitiMU

ouuwwww...
ouuwwww...

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitiMU

Terima kasih cinta kerana memberi aku kekuatan untuk bernafas di alam ini...memberi aku seribu keazaman bahawa ada hari esok selepas hari ini....

&

Terima Kasih cinta membuatkan aku mengerti bahawa disebalik kebencian ada seribu kerinduan menanti.




Sebelum Halimah Jongang memang orang dah kenal siapa Sheera


Tadi tertengok Melodi kebetulan masa itu A Aida tengah melepaskan geram dikatanya kononnya tanpa Halimah Jongang tak der sapa kenal siapa Sheera.....terkejut juga aku sbb aku tidak pernah tgok drama halimah Jongang tapi memang kenal Sherra yang sebelum ini banyak membintangi drama2 milik Skop Production dan ramai yang kenal Sheera itu anak kepada artis Aznah Hamid....tp maaflah chek tak berapa kenai dengan A Aida yang tahu pasai dia sbb isu dia nagan x-hubby dia tu je.

Di bawah ini adalah artikel mengenai kes saman A Aida yang di ambil drp http://www.artis.my


Bagi sesiapa yang tak tahu menahu hal ni meh kami pendekkan cerita yang bagi kami tak hangat sangat pun ni. Yang menghangatkan cerita ini sebab kami tengok Melodi keluar perkataan ‘kepala hotak dia’ dan pelbagai di dalam sesi interview wartawan dengan pengarah filem Halimah Jongang. Indah sungguh bahasa keluar di siaran TV untuk tatapan anak-anak kita ya.

Ceritanya begini. Penerbit cerita Halimah Jongang, A.Aida mengemukakan saman terhadap pelakon utamanya, Sheera.

Kenapa? Aida marah tindakan pelakon utama siri itu kerana merosakkan imej watak yang dibawanya (Halimah Jongang), apabila keterampilan Sheera tidak mencerminkan imej watak tersebut.

Aida menambah, ada satu ketika di satu majlis pelancaran, Sheera tampil dengan potongan rambut paras bahu diwarnakan perang. Perubahan ini menyebabkan skrip dan dialog perlu diubah semula agar selaras dengan imej baru Sheera.

Kemudian, Sheera tampil sekali lagi dengan rambut lebih pendek seperti lelaki untuk disesuaikan dengan filem ‘Aku Bukan Tomboy’ terbitan Skop Productions.

Aida menjelaskan Sheera melanggar kontrak apabila mengambil tawaran berlakon lain semasa penggambaran Halimah Jongang. Sheera juga pernah meninggalkan lokasi untuk ke sebuah penggambaran filem di Langkawi.

Tambah beliau, kehadiran imej itu merosakkan imej Halimah. Peminat boleh lihat sendiri perubahan tersebut bermula episod 27 hingga 39, ditayangkan setiap Rabu, Jam 9 Malam di Astro Prima.

Itu kata Aida.

Di pihak Sheera pula, pelakon tersebut tergamam apabila dituduh sedemikian.

Beliau terkejut dengan tindakan Aida kerana semua keputusan sebenarnya telah pun dibincangkan, malahan Aida sendiri mengetahui jadual lakonannya.

Sheera mendakwa tidak melanggar kontrak apabila Aida sendiri telah bersetuju dia ambil tawaran lain selepas 13 episod blok kedua.

Ibu Sheera, Aznah yang menguruskan segala perjanjian dan perbincangan ketika dihubungi, bagaimanapun, memberi jawapan yang berbunyi sama dengan Sheera.

“Saya tidak tahu mengenai kontrak yang ditandatangani Sheera kerana ketika itu saya tidak mengikutnya. Namun mengikut perbincangan antara saya dan Aida ketika dia sibuk merayu untuk Sheera terus berlakon dalam musim kedua, saya memberitahunya mengenai tawaran filem Aku Bukan Tomboy yang akan dilakonkan Sheera. Malah ketika itu juga, Sheera masih sibuk berlakon untuk drama siri Si Capik.

“Bagaimanapun, Aida bersetuju mengatur jadual penggambaran supaya Sheera masih sanggup melakonkan watak Halimah. Sepatutnya kontrak ditandatangani Sheera hanya untuk 13 episod bagi blok kedua, sebaliknya Aida mengikat terus semua pelakon, termasuk Sheera, untuk terus kekal bersamanya sepanjang 26 episod tanpa henti.”

“Tidak logik untuk seorang pelakon terikat dengan satu projek drama bersiri saja, sedangkan banyak lagi tawaran lain yang datang. Malah sepanjang penggambaran juga, ada kalanya skrip tidak sempurna disiapkan.”

“Janji Aida dulu, untuk blok kedua, watak Sheera tidak banyak kerana kononnya pihak Astro memintanya membangunkan beberapa watak lain, sebaliknya selepas skrip itu siap, babak lakonan Sheera masih banyak.”

“Namun memikirkan soal kerja dan hubungan baik, saya menasihati Sheera menyelesaikan saja tanggungjawabnya meskipun kontrak ditandatangani tidak seperti mana dibincangkan sebelum ini.”

“Sepatutnya Sheera diberi cuti rehat selepas 13 episod sebelum terus menyambung blok ketiga. Masa rehat itu yang Sheera peruntukkan untuk membintangi filem Aku Bukan Tomboy dan memotong rambutnya pendek mengikut kehendak watak.”

“Jujurnya, Sheera memotong dan mewarnakan rambutnya selepas selesai berlakon untuk 13 episod. Justeru saya tidak nampak masalah yang perlu ditimbulkan. Aida sepatutnya memahami jadual Sheera juga,” katanya.

Aznah mendakwa Aida tidak profesional kerana tidak pernah bersemuka untuk menyelesaikan masalah.




Say No To Mee Kuning .....


Sedap saja mulut bila nak mentekedarah....sedaq2 macam2 mai sakit ...masa nak makan mee kunfu. mee lakna, mee bandung, mee goreng mamak tak ingat

Sekarang dah jarang aku beli mee kuning ni menjak keluar berita berkenaan asid boric yang digunakan dalam mee ini. Karang aku beli spagetty sebagai ganti mee.

Teringat aku pada xBoss dari Jepun, Mr Okawa. Asal datang Malaysia mesti cari Mee Goreng dia kata sedappppp........

19 February 2011

Sleepy beauty



Asyik godek2 blog tgok dah pukul 1 lebihh......berakhirlah sudah detik 18....Alhamdulillah