adv

11 April 2014

Mak, aku dan anak ..... sinambungan yang tiada sudah

"Adik nak pi mana esok", tanya Mak suatu ketika dulu.
"Erm tak pi mana kut dok rumah", jawapku.

"Esok jom ikut mak ada ustazah mai di surau", ajak mak dengan nada lembut. Aku dan mak macam kawan. Macam-macam kami sembangkan dan yang pasti mak suka buat aku ketawa dengan joke selamba dia. Sebenarnya aku banyak mengikut mak ke kelas pengajiannya dan kelas2 tersebut memberi pengalaman dan ilmu kepadaku hingga kini. Mak amat berbeza dengan mak-mak yang lain saat mak-mak lain sibuk memperagakan emas hingga kelengan mak sibuk dengan kelas-kelas agama dan pondoknya.  Mak adalah warisan keluarga Pattani yang berterabur di Kedah samada menjadi guru Al Quran atau membuka sekolah pondok. Manakala abah pula origin keluarga melayu/siam yang pernah menjadi anak murid mengaji Al Quran kepada Nek Sinah (nenek Mak).

Mak dan abah menghabiskan usia mereka dengan mengulang baca Al Quran dan hadis. Saat terluang bila ada anak cucu bertandang mereka akan berkongsi ilmu...hafal ayat ni, doa ni, zikirkan selalu....itu yang selalu di war-warkan dimulut.

Hari ini ...."Yan jiran di kejiranan kami menyampaikan bahawa surau di Taman Perumahan ada kelas tafsir Al Quran pada keesokkan hari". Dalam kereta tadi aku mengajak kakak untuk bersama ke kelas tersebut. Alhamdulillah dia excited untuk turut serta.

Bak kata mak setiap apa ketenangan, kemudahan dan keselesaan yang kita nikmati itu adalah rezeki daripada Allah SWT dan bersyukurlah dengan anugerahNYA. Dan jangan sesekali bandingkan kehidupan kita dengan orang lain kerana their shoes is different than ours. Dan jangan jadikan harta sebagai ukuran kehidupan ia adalah fatamogana.

Kehidupan kita esok lusa amat bergantung kepada kehidupan kita hari ini tanpa ilmu dan iman kita seolah berenang di lautan hindi tanpa haluan. 

 

07 April 2014

Pesanan buat kakak


Kakak dan papa hampir serupa. 


Mama pula tegas dan berprinsip ketika zaman remaja seusia dgn kakak waima dalam apa hal mama ada batas....misalnya soal bercouple mama awal2 cakap no bila masuk form one ada senior mahu jadikan adik angkat awal2 mama cakap mama dah ada abang dan kepada kawan2 yang satu batch lagi mudah nak menolak.

Kata-kata mak dan abah banyak dijadikan guideline dalam kehidupan. Sebenarnya itulah redha dalam kehidupan.

Bila kakak bercerita mengenai masalah kawan2..mama selalu cakap, "kakak kena tegas....jangan lembut hati", ya..mungkin ramai tak suka cara kakak tp dimasa depan orang akan hormati pendirianmu..sayang". Itulah mama dulu dan sekarang..mama tidak mudah termakan dengan keadaan semasa....bila ada yang tak kena dimata mama akan tegur dan bila ada kawan diumpat mama akan menjauhi kawan yang suka mengumpat itu dan paling mama tidak suka bila ada yang menghubungi mama semata mahu bertanya atas tujuan mengintai2 aib kawan lain misalnya, "orang tu kan dulu bla bla bla atau kau tahu tak bla bla bal".....jauhi kawan sebegini melalui konsep throw away tanpa memutuskan silaturahim.

Semasa seusia kakak mama berprinsip tidak akan bergaduh semata-mata kerana lelaki.....jika ada pelajar perempuan datang bertanya atau sebaliknya ayat mama mudah dan mungkin membakar..."ambillah kalau suka free saja....just take it". Macam tak ada cita2 lain datang kesekolah hello kita masih sekolah lagi dalam hati mama ketika itu...mama ni memang kasar dan orang2 sekeliling mama pun tahu betapa kuatnya prinsip dan pendirian mama. Tu antara sebab papa mengatakan mama jual mahal dan susah nak dekat.

Kita boleh menyertai yang ramai jika yang ramai itu membawa kita kepada kebaikan ttp jika yang ramai itu menyanggah dari jalan menuju keredhaannya amat wajar kita bersendirian kerana kita ini lemah lambat laun yang menyanggah itu menjadi magnet membuatkan jiwa kita jauh dari Allah SWT.

Kadang-kadang kita merasakan menjadi hebat menjadi perhatian ramai dan dalam masa yang sama kita juga diiri hati oleh yang memerhati. Jadi ambillah jalan sederhana biar tidak dipandang manusia asalkan Allah SWT redha kepada kita.



12 March 2014

Choices are in your hands

Choices are in your hands....

Dalam banyak-banyak senior kakak mama suka seorang ni ..Iman Nuramalia, selalu perhatikan dia orangkan sederhana ttp bijak dan pandai membuat pilihan. Pelajar straight A's PMR 2012 ini berbeza dengan senior kakak yang lain terutama dalam pegangan agamanya itu yang membuatkan dia menarik di mata mama.

Dalam kehidupan ini Allah SWT memberi kita pilihan untuk memilih.

Pilihlah menjadi orang yang taat pada agama
Pilihlah menjadi orang yang taat kepada ayah bonda
Pilihlah menjadi orang yang menutup aurat
Pilihlah menjadi orang yang fokus untuk menjadi cemerlang
Pilihlah menjadi orang yang tidak menghitung kekhilafan orang lain
Pilihlah menjadi orang yg kata2nya tidak menyakitkan hati orang lain
Pilihlah menjadi orang bijaksana bukan yang suka berfoya-foya
Pilihlah menjadi orang yang berjuang untuk mencapai kebenaran
Pilihlah menjadi orang yang memilih kebaikan dan meninggalkan kemungkaran

Pilihan kita hari ini akan menentukan siapa kita di masa depan.

Pengaruh Ibu bapa

Pengaruh Ibu bapa

Pengaruh ibu bapa dalam tingkah laku dan cir-ciri personaliti remaja boleh dipengaruhi oleh cara didikan semenjak dari kecil lagi. Walaubagaimanapun seringkali timbul masalah antara ibu bapa dan remaja. Perbezaan pemahaman dan pengalaman merupakan masalah yang ketara dan ini dinamakan sebagai jurang generasi. Jurang generasi merupakan salah satu punca konflik antara remaja dan ibu bapa. Ianya adalah perbezaan yang terdapat dalam nilai, sikap dan tingkah laku antara generasi tua dengan generasi yang lebih muda iaitu remaja. Ibu bapa selalu memarahi anak remaja mereka yang dianggap tidak mematuhi kehendak dan peraturan mereka. Perhubungan antara remaja dan ibu bapa akan baik sekiranya mereka berjauhan seperti anak remaja melanjutkan pelajaran ataupun bekerja di tempat lain.

Perhubungan ibu bapa dan remaja yang positif akan membantu remaja menjalani kehidupan yang mencabar dan menyeronokkan. Ini disebabkan remaja akan mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa mereka dan sering berkongsi masalah serta nilai-nilai yang baik antara satu dengan lain.

Hubungan antara tingkah laku dan personaliti remaja adalah dipengaruhi oleh cara didikan ibu bapa mereka. Baumrind (1968) telah mengenal pasti lima kategori gaya keibu bapaan seperti berikut:

Ibu bapa autoritarian
Cara didikan kategori ini adalah mengawal dan menilai tingkah laku remaja dengan menggunakan standard mutlak atau kawalan ketat. Tidak ada tolak ansur tetapi remaja kena patuh segala arahan mereka. Ibu bapa beranggapan bahawa mereka tahu apa yang baik dan buruk dan perlu patuh tanpa menyoal. Dari sini remaja akan berpegang teguh kepada nilai-nilai tradisional dan terus akur dengan kehendak ibu bapa walaupun ada di kalangan remaja yang marah dan menyimpannya di dalam hati mereka.

Individu yang dibesarkan dengan cara ini lebih cenderung untuk mematuhi perintah dan akur kepada pihak berkuasa, mempunyai pemikiran yang konkrit, idea yang konvensional dan menyimpan rasa marah yang terkawal.

Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak
Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak tidak begitu keras dari segi kawalan dan disiplin anak-anak serta tidak tekal dalam amalan mereka. Mereka tidak menerangkan kepada anak-anak mengapa tindakan tersebut dilakukan apabila menghukum atau mendenda dan biasanya ia lebih mengikut mood dan perasaan mereka. Remaja akan tidak dapat membendung rasa marah dan melepaskannya dalam bentuk tingkah laku anti-sosial.

Individu yang dibesarkan dengan cara ini akan bertindak melanggar undang-undang dan tidak mematuhi norma masyarakat. Kajian menunjukkan sebilangan besar remaja delinkuen telah dididik dalam keadaan terabai yang akan bertindak secara agresif dan tidak mempunyai kawalan diri seperti ibu bapa mereka.

Ibu bapa yang amat melindungi
Ibu bapa sukar melepaskan anak-anak mereka melakukan sesuatu dengan sendiri dan sedaya upaya akan menentukan apa yang perlu dilakukan oleh anak-anak dan bila patut buat. Mereka menggalakkan tingkah laku bergantung dan pasif serta mendisiplinkan mereka dengan cara tidak memberikan kasih saying sekiranya anak-anak tidak mengikut arahan mereka.

Individu yang dibesarkan dengan cara ini akan cenderung untuk menjadi bergantung, pasif, bersopan dan akur. Remaja juga akan menjadi penakut, malu dan kurang keyakinan diri serta sukar untuk memjadi pemimpin dan melakukan aktiviti bersama rakan sebaya.

Ibu bapa permisif
Ibu bapa membenarkan remaja menggunakan diri mereka sebagai sumber serta mengikut kehendak remaja tanpa mendesak mengikut keinginan mereka. Ibu bapa bukan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam membentuk tingkah laku remaja. Remaja yang menerima didikan seperti ini mempunyai tingkah laku agresif dan tidak bertanggungjawab terutamanya remaja lelaki akan menunjukkan tingkah laku buli dan mementingkan diri sendiri.

Ibu bapa autoritatif
Ibu bapa mesra dengan anak-anak dan menerima mereka dengan baik serta dalam masa yang sama memberi kebebasan kepada anak-anak. Mengikut Baumrind (1971), ibu bapa autoritatif menggunakan budibicara mereka dalam mengawal dan mendisiplin anak-anak supaya dapat disesuaikan dengan keperluan mereka. Ibu bapa menerangkan sebab atas segala tindakan dan sentiasa menjelaskan tentang harapan dan permintaan mereka yang perlu difahami oleh kanak-kanak tetapi boleh bertolak ansur dalam hal demikian itu. Di samping itu ibu bapa juga sentiasa memberi pertimbangan kepada pendapat atau maklum balas daripada anak-anak.

Ibubapa autoritatif mahu anak-anak mereka hidup bahagia dan mengawal hidup mereka sendiri dan sebagai ibu bapa mereka membantu dari segi persediaan menjadi dewasa yang mempunyai kebebasan. Bersedia mendengar dan mendidik anak-anak dengan tegas supaya anak-anak mereka mempunyai kekuatan ego dan berdisiplin.

Didikan seperti ini akan menjadikan remaja cenderung menjadi egen sosial yang aktif dan mempunyai daya usaha, boleh berdikari, disiplin yang tinggi, bertanggungjawab, boleh berfikir untuk diri sendiri dan berpegang teguh kepada nilai dan prinsip hidup.

05 March 2014

Shoot for the moon. Even if you miss, you'll land among the stars

Bila anak besar macam kita fikirkan tetiba fikir pasal menantu hahahah melampau kan mama ni anak baru saja 16, 14 dan 10 dah jauh ke awan memikirkan soal jodoh.



Menantu ...menantu 

Tak salah kan kalau nak fikirkan. Dulu kakak siap warning mama, "mama jgn nak match-matchkan kakak dgn anak kawan-kawan mama tau". Mama tanya, "Apasal pulak tak boleh...mama kalau pilih mestilah yang ensem macam papa erm kakak tau kan mama mcm mana. lepas tu mesti pandai mengaji & wajib pandai jadi iman solat..bersopan santun bla bla bla". Bila bersembang dengan papa mula la kita orang mereka-reka ......

Actually mama & papa dah suka sorang budak ni ...erm baik dan cukup kriteria dan mama cuma sekarang doakan saja. Kalau kunfayakun kata itu jodohnya ....alhamdulillah dan kalau sebaliknya itu adalah yang terbaik dari Allah SWT.

Sebenarnya akhlak seseorang itu dapat dikenal pasti dari remaja..sifat remaja yang membawanya hingga menjadi seorang yang dewasa. 

Tapi sebenarnya banyak agenda sebelum ke soal jodoh tu....soal mengejar kejayaan dan shoot the moon.

Dia nak jadi Petrolium Engineer or Magistrate or Medic....tapi selepas 2 bulan di 4sc1 dia cakap mungkin doktor kut mama..."tengok Lang Ieja sekejap saja kan sekarang dah ok". "Be a breast surgeon...tak ramai di Malaysia...fardu kifayah untuk kita muslim ada kepakaran tu...yang penting nawaitu kita untuk menolong muslim". Dengan semangat dan displin yang ada dalam diri kakak In Sha Allah mama yakin dia mampu. Abang pula ada gifted yg indah dariNYA....moga dipermudahkan Allah SWT untuk anak mama ini menjadi seorang daie dan pejuang di jalanNYA. Alang pula berdisplin sama dengan kakak dan masih perlu digilap kelebihan dan kebijaksanaannya. Keyakinan yang tinggi mampu mengerakkannya jauh ke depan ..In Sha Allah.

Siddiq dan Waleed masih dalam proses exploring.....

Sebenarnya tugas kita ibu bapa memberi jalan kepada anak2 jauh sampai ke bulan .....doa, dorongan, kata semangat, modal kewangan dan pelbagai sokongan memberi satu jalan bahagia untuk anak-anak di mana depan.....Shoot for the moon. Even if you miss, you'll land among the stars...still kannn apapun dalam hidup kena ada visi untuk dicapai.