adv

28 February 2013

Jambatan sudah runtuh persimpangan cyberjaya aman putra Selangor Sains Tek

Add caption
Mujur la hari ini balik ikut LDP ....jalan ni dah sebulan lebih dah dilencongkan sebab struktur jambatannya lemah dan kini sudah runtuh.


Landed Home

Installment pinjaman rumah yang kami buat di penghujung 2009 dah settle pada hujung 2011. Alhamdulillah semua berjalan ikut perancangan walaupun kena "pekim" (berjimat dan tak bermewah) macam orang lain.

Lani mata mula dok membelek landed home for sale. Rasanya kalau nak beli nak beli yang dah siap dibina ada survey juga area Putra Bistari di Putra Height sejuk mata tengok kawasan perumahan di sana.

Cyber pun ada jual ready single storey house 20X70 4 room and 2 bath room. Cuma tempat tu tak establish lagi banyak tempat under construction...muka orang yang nak sponsor pon mcm tak berminat saja. "area ni tak dak masjid ka", tanya anak teruna mama. Belum lagi kut kalau nak solat jumaat depa pi solat kat surau MMU atau solau Bomba Cyber.

Kota Warisan pun dok tengok jugak. Harga rumah dia masih di tahap ok lagi cuma banyak double storey....kena naik tangga turun tangga. Puan...lani susah la nak cari yang single balik Kedah la kalau nak yang single he he he.....

Puchong Utama, Puchong, Taman Tasik Prima, Puchong Indah ....antara lokasi pilihan. kenapa? Dekat dengan adik beradik (Uda & Ateh) satu lagi dekat dengan Cyber opis mama.


Tak perlulah anak duduk di hostel

Hati mama ni selalu berbolak balik. Kalau diikutkan tak mahu anak-anak stay at hostel. Kenapa? jawapannya mama pernah merasai kehidupan di sana. Apapun syukur dek duduk di hostel banyak perkara yang mama dapat belajar terutama yang berkaitan dengan agama. 
2 hero kecik peneman papa mama
Papa susah nak renggang dengan anak-anak sebab dulu dia terpisah dengan mak dan ayah. Sedih kata papa bila kenangkan semula saat tu. Apapun setiap laluan hidup kita adalah perancanganNYA.

Semalam on the way nak ambil abang bersembang dengan kakak mengenai keputusan mama, "apa saja keputusan PMR kakak tak payah pi mana-mana hostel"...."yeeea ....", kakak dengan muka happy.

Kenapa mama susah nak bagi anak stay kat hostel, mama ni suka fikir macam-macam dari A sampai Z, takut bila fikirkan masalah anak2 terutama anak remaja. Nak beli katil double decker pun 100 kali fikir. Dok terbayang si kecik panjat dan terjun maklumlah anak2 mama ni ada ultramen, spidermen dan mcm2 men lagi. Mama perlu pantau siapa kawan-kawan anak2 mama, buku apa yang mereka baca dan apa yang mereka tonton. Semua perkara ini amat memberi pengaruh kepada anak-anak. Dulu abah di pida melarang membaca majalah hiburan malah majalah remaja yang HOT pada zaman remaja pun tidak dibenarkan membacanya. Mama fikir kejam sungguh larangan abah mama masa tu. Malah TV dan radio pun susah nak dengar dan tengok. Benefitnya mama rasai sekarang walaupun masa remaja dulu mama agak out dated pasal artis, lagu popular dan fesyen. Larangan abah membuatkan mama hanya membaca buku ilmiah dan majalah2 seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa dan Qiblat, majalah jawi langgangan kak ani iaitu kakak ke 3.


27 February 2013

Motivator

You will be a very good motivator....anak mama yang sulung. Penasihat mama juga adik-adiknya. Sifatnya yang rajin membaca membuatkannya berinformatif. Cuma perlukan asuhan supaya lebih yakin diri.

Cita-citanya menjadi seorang engineer atau doktor. Semalam mama printkan biodata seorang doktor kesukaannya. Banyak dia membaca mengenai doktor ni. Pernah bertekak dengan mama, "mama kan kakak kata doktor M study UKM", yelah kakak menang. Nanti mama belikan black cokolat sebagai hadiah.

Mama kata jadilah seorang yang boleh memberi kebaikan pada muslim yang lain.

Pagi tadi, "kawan kakak M wanna be a pilot tapi kan mama pilot not gud for married women. Yelah sebagai isteri dan ibu sesorang wanita kena spend masa lebih dengan family", katanya. Jauh pandangan anak mama ni.

Apabila mama melakukan keputusan mama pasti akan terangkan kepadanya kenapa, mengapa, dimana dengan jelas dan Alhamdulillah dia faham.

Anak-anak kita Generasi Y


Aku jarang sekali berkongsi saat suka duka mengenai anak-anak melainkan kepada orang2 yang aku benar2 percayai dan aku rasai tulus mulus hati budinya. Setiap anak lahir dengan rezeki mereka dan anugerah istimewa yang kita para ibu bapa tidak pernah mengetahuinya.

Sebagaimana anak2 lain diluar sana anak2 kami tidak mempunyai IQ yang genius. Boleh mengingati dan memahami sekaligus apa yang di ajar. Kami juga melalui fasa-fasa anak lambat berjalan, lambat bercakap, slow, lambat membaca dan pelbagai kelemahan. Namun aku dan cik B tidak pernah putus asa dalam mendidik anak2. Dek kerana itulah kami melepaskan kos yang tertentu demi proses pembaikan diri anak-anak dari segi agama, emosi, jati diri, sosial dan akademik. Kos yang kadang kala orang lain rasakan terlalu mahal terpaksa kami keluarkan demi amanah dari Allah SWT ini. Ada masa tertentu aku dah suami agak tegas dengan anak-anak apabila ia membabitkan akidah.Mendidik anak2 zaman generasi Y ini tidak seperti menanam padi huma, atau membuka tanah dusin dibelantara. Jika menjadi bertuahlah ibu bapa ttp jika tidak menjadi anak-anaklah disalahkan pula. Mendidik anak2 generasi Y memerlukan ilmu keibu-bapaan dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak sekolah saja memberi didikan formal. Anak-anak generasi Y perlu bimbingan halus dan suci dari tangan orang yang melahirkannya dan dipanduan oleh al-Quran dan Sunnah supaya mereka teguh dan kuat bila berada di luar sana. Dan kita para ibu-bapa tidak boleh leka dengan nafsu syahwat yang mana ianya bukan saja menenggelamkan diri kita tetapi jua anak-anak kita akan turut sama. Dan sentiasa ingat akan perjanjian kita sebagai hamba di bumi ini.


Anak2 adalah anugerah yang indah 
yang perlu kita gilap kecerdasan mereka, 
yang perlu kita latih percakapan mereka
yang perlu kita ransang minda mereka
yang perlu kita yakinkan diri mereka
yang perlu kita semai kasih sayang dalam diri mereka
yang perlu kita olah keunikan diri mereka  


Kita ini bukanlah siapa-siapa. 
Kita hanya orang biasa saja. 
Kita ini tidak ada apa-apa. 
Kita hanya makhluk cuma


Kekadang aku tampilkan kebaikan dan cemerlangnya anak2 untuk timbulkan semangat juang mereka kerana aku tahu jiwa mereka perlu dihidupkan dengan ransangan agar mereka berhati waja diluar sana. Biar hati mereka menyala-yala di medan tempur mereka. Biar mereka tahu mereka ada mama dan papa yang sentiasa menyanjung dan menyantun mereka.

25 February 2013

Bukan senang nak mendidik anak-anak

Sebagaimana aku email to cik B, sebagai PA kena awal2 bagi tau Mr CEO appointment dia dgn urusan anak-anak supaya tidak ada hal lain dicampur aduk.



Kakak ada seminar PMR esok & ahad from 8.00 am to 5.00 pm

Abang koko from 9.00 am to 11am

Alang tusyen from 8.00 am to 12.30 pm

Siddiq tusyen from 8.00 am to 10.00 am

Ni lah rutin sabtu kami, cuma kakak saja ada extra sikit this week tu yang membuatkan mileage kelam kelibut. Sampai dirumah lepas zohor baru nak melepas lelah terpaksa ke Bangsar untuk ambik kakak nampak letih cik B.

Tak apa kita berletih sedikit demi ilmu untuk anak2 hasilnya kita juga yang rasa. Selalu berpesan pada anak-anak papa dan mama tak kisah kemana kem yang korang nak pi dan buku apa yang korang nak beli tapi mama tak suka korang bazirkan masa dengan benda2 laqo. Hidup kita bukan untuk hari ini saja dan hidup kita didunia ni bukan nak berseronok saja.....walaupun anak2 mungkin kurang faham kata2 papa dan mama ni namun mama pasti mereka akan memahaminya juga. Aku dan suami berasal dari kampung dan cara mendidik anak2 lebih kepada bersederhana dan kami cuba sedaya mengelakkan mereka dari budaya yang boleh melaqokan mereka.

Bukan mudah mahu membesarkan anak2, sebagai ibu bapa kita perlukan ilmu dalam mendidik anak2 terutama anak2 remaja. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ustazah Norhafizah, "Jika kita lihat anak2 yang melakukan kesalahan bukan anak-anak yang perlu bertaubat kepada Allah SWT, ibu bapa lebih-lebih lagi. Jika kita lihat isteri melakukan kesilapan bukan sahaja isteri yang perlu bertaubat kepada Allah SWT, suami lebih-lebih lagi.Mungkin kesilapan dan kesalahan yang mereka lakukan ada bahagian untuk kita." Setiap apa yang kesilapan anak2 maka perlulah kita muhasabah diri buang ego yang merasakan kita sempurna kerana hanya dengan bertafakur kepadaNYA dan bertaubat atas kesilapan dan kekhilafan yang kita lakukan tanpa sedar lantaran kafarahnya terkena kepada anak2. Andai mereka melakukan kesilapan tegurlah secara berhemah bukan mengeluarkan perkataan yang membenihkan rasa negative dihati mereka terhadap kita.


Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
1. Pandangan mata yang sinis - Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam. 

2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya. 

3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.

5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.

6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya. 

7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata "Wahai penipu!"

9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.

Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: "Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun."

10 sebab Isteri Derhaka



Matlamat membincangkan 10 sebab isteri derhaka ini kata Ustaz Amin adalah untuk suami dan isteri satu sama lain memperbaiki diri bukan sebagai jalan untuk menyalahkan pasangan. Dibawah disenaraikan 10 sebab mengapa isteri derhaka.

  1. Tidak berusaha untuk mendapat iman, kita kaum isteri kena selalu berusaha untuk meningkatkan iman, “Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)". (At-Tahriim 66:10).Iman adalah nikmat seperti kita makan, kena berusaha untuk memakan setiap makanan. Walaupun suami seorang  imam atau ustaz kita kena mencari ilmu untuk memantapkan iman. Iman itu tidak diwarisi
  1.  Isteri jahil – kerana tidak ada ilmu isteri Solehah. Ilmu yang membuatkan kita taat kepada Allah, rasul dan suami. Jahil kerana dibesarkan di dalam keluarga yang kurang didikan agama di mana terpengrauh dengan ibunya yang sentiasa memerintah bapanya.  Jika suami melihat kejahilan isteri perlu mendidik dan menegur dengan baik dan kena selalu ingatkan isteri. Pesan Ustaz Amin setiap suami kena dan wajib menegur isteri walaupun ditengking semula. Jangan sampai isteri terus jahil.
  1.  Ada jenis isteri yang keras hati. Isteri keras hati juga ada di zaman Rasulullah SAW. Isteri keras hati ni pendendam, hasad dengki kepada suami dimana tidak mahu suami berjaya, ada yang terlalu cemburu. Ubat orang sebegini kena selalu beristifar supaya Allah SWT melembutkan hatinya
  1.  Rasa takkabur/sombong kerana kurang ilmu apabila statusnya lebih tinggi dari suami. Ubatnya selalu zikir dan elakkan lagak sombong yang ada dalam diri.
  1.  Tidak ada sifat qanaah iaitu sifat merasa cukup dengan apa yang ada dan bila tidak ada sifat ini isteri sebegini akan membandingkan hidupnya dengan orang lain yang boleh membawa mudarat. Ubatnya kena bersyukur iaitu dengan melihat orang dibawah kita, orang yang kekurangan. Jika ada isteri yang tidak ada sifat qanaah memang akan memeningkan kepala suami.
  1. Kurang tarbiah ataupun kurang nasihat. Misalnya ada isteri kelulusannya agama tapi masih menengking suami kerana kurang tarbiah. Iman Ghazali selalu nasihatkan kita jangan tinggalkan majlis ilmu selama 3 hari kerana akan tinggal bintik hitam dihati bila kita meninggalkan majlis ilmu
  1.  Adanya penasihat2 yang jahat. Rumah tangga akan rosak bila penasihatnya rosak dan tidak faham agama. Jadi nasihat Ustaz Amin carilah penasihat2 yang betul dan orang yang tepat dan kena perlu cari masa yang panjang. Kadang kala penasihat yang salah datangnya dari emak ayah.
  1. Isteri derhaka kerana kejahilan suami, ada suami minta isteri buka aurat, ada isteri yg baik datang dari family yang lembut namun faktor suami membuatkan isteri kasar dan suka bergaduh, suami tidak menegur isteri, peranan suami wajib menegur isteri jangan give up kerana kejahilan suami akan menyumbatkan isteri ke neraka 
  2. Suami dayus boleh menyebabkan isteri derhaka...binasalah lelaki yang mentaati wanita 3 kali Nabi sebut, isteri buat salah pun tidak ditegur, timbul sindrom tak kuasa telah ada dalam diri.... 
  1. Suami zalim menyebabkan isteri derhaka, buatkan isteri melawan suami, lari dari rumah, pukul suami...isteri ni nafsu lebih banyak dari suami nafsu boleh membuka keburukan yg lebih teruk....dari catatan Ustaz Muhamad Abdullah - Pesona D'Zahra IkimFM : 18 and 25 Feb 2013 10 Sebab Isteri Derhaka 2

Berkat Doa Malaikat

A011
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Keimanan kepada perkara malaikat dan perkara ghaib akan menyebabkan pandangan kita lebih luas dan dunia kita lebih luas. Setiap masalah dan ujian yang datang kita tidak merasa stress kerana kita percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. keberkatan rumahtangga kita akan bertambah keberkatan bila ada doa dari malaikat.

Siapakag golongan yang mendapat doa malaikat:
  
1. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa diketahui oleh saudaranya itu,

Diriwayatkan daripada Abu Darda' r.a, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud;

Apabila seorag muslim mendoakan saudaranya tanpa diketahuinya, Malaikat akan berkata "Bagimu juga seperti yang engkau doakan" (Riwayat Muslim). Allah SWT datangkan dikepala malaikat yang mewakilinya orang yg sedang berdoa dan setiap kali org yang mendoakan saudaranya kebaikan maka malaikat akan turut serta mendoakannya sama. Ini adalah cara paling mustajab berdoa adalah mendoakan saudara kita, sahabat kita tanpa diketahuinya. Pohonlah agar anak2 kita, jiran kita, saudara kita supaya anak2 mereka menjadi anak soleh dan solehah .......anak2 kita akan keluar bergaul dengan anak2 lain. Doa kita kena berubah dan kita kena belajar mendoakan orang lain tanda keikhlasan dan kejujuran hati kita. Jom kita belajar untuk mendapat hati yang jernih bila kita berdoa kepada saudara kita yang lagi lagi meningkatnya iman kita bila kita bersyukur dengan kebahagian saudara yang kita doakan itu 

2. Orang yang duduk menanti waktu solat - meraikan pertemuan dengan Allah SWT in time, selama mana orang yg menunggu waktu solat tidak berhadas, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" 



Ini doa khusus malaikat kepada orang yang menanti solat. Bila kita menanti waktu solat kita telah bersiap untuk menanti interaksi dengan kerajaan langit iaitu Allah SWT. Penghayatan azan perlu dititik beratkan. Perlunya hati dan diri kita untuk mendengar azan. Ianya merupakan penawar diri.......ramai non muslim mendapat hidayah kesan dari azan. Kenapa orang Islam tidak boleh berubah menjadi baik dengan menghayati azan......


Sebagai ibu wajiblah kita merangsang ahli keluarga supaya lebih dekat dengan Allah SWT dan supaya dapat menyebarkan kebaikan kepada manusia yang lain. Contohnya didikan ibu Imam Malek, yang mendidiknya menjadi seorang iman dan ulamak tersohor. Ransangan menuntut ilmu haruslah bermula dari kecil. Ilmu adalah perisai yang amat ampuh untuk menolak tipu daya.  syaitan. Para ibu kena berazam supaya anak2 menjadi orang soleh, jadi pewaris para anbia. In Sha Allah anak yang lahir akan menjadi apa yang kita niatkan.


Misi Syaitan di dalam rumah tangga/antara tipu dara syaitan dalam rumah tangga dengan cara lebih halus

1.Untuk membuatkan suami isteri bercerai berai
2.Untuk menimbulkan rasa benci antara ahli keluarga, Anak benci suami, suami benci isteri dll
3.Ada pasangan suami isteri romantik, loving couple ttp kedua2nya jauh dari Allah SWT dan kehidupan dalam rumah tangga disukai oleh iblis.

catatan dari program Usrati Ustazah Norhafizah Musa (Official) Ikim.Fm

Isteri Derhaka - Ustaz Amin


Kadang kala kita merasa apa yang kita lakukan tidak memberi apa2 impak sedangkan tingkah kita, kata2 kita memberi lorongan kepada derhaka kepada suami. Menakutkan, dek ego membuatkan kita terlanjur.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?" Baginda menjawab: "Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi: "Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?". Baginda menjawab: "Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya." - (Riwayat Bazar dan al-Hakim)
 
Derhaka kepada suami, mana wanita yg bersuami yang tidak menjalankan t/jawapnya ataupun membuat sesuatu benda yang melanggar syarak, tidak mentaati suami dari segi perkataan dam perbuatan. taksiran derhaka itu tidak menunaikan t/jawap seperti keperluan batin suami tanpa keuzuran syarak, melakukan sesuatu yang melampau batas syarak seperti memaki, memarahi suami dengan melampau-lampau sehingga memalukan suami, keluar rumah tanpa mudarat (kalau keluar kena ada pengetahuan daripada jabatan agama), buat sesuatu yang membuatkan suami marah. 

Boleh gugur hak pengjagaan anak dan hak nafkah jika isteri nusyus. Hakim mahkamah syariah sahaja yang boleh menjatuhkan derhaka atau nusyus selepas di adili. Hukum nusyus bukan dijatuhkan oleh ibu bapa suami, adik beradik suami, iman masjid dan dll

3 dosa yang Allah SWT tidak bertangguh untuk membalas
  1. dosa menderhaka kepada ibu ayah
  2. melakukan dosa dengan keadaan sombong
  3. menzalimi manusia lain
Kata Ustaz Amin, dia tidak pernah jumpa suami yang telah menzalimi isteri akan senang hidupnya. Ini adalah untuk renungan kita semua. catatan dari Pesona De'Zahra membawakan Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin




22 February 2013

Homesickness


Drive on main road cyber tapi hati, jiwa dan segenap ingatan berada di pida.

Rindu pida, abah dan mak.

Di pida suasananya biasa saja. Kami tidak senang namun kami tidak pernah kenal erti susah. Kehijauan yang melengkari diri juga keburuanya membuatkan hidup tenang sekali. Sesekali hadir gerombolan burung merubah pemandangan. Deruan traktor pembajak sawah dan bau lumpur segar memberi aroma yang sukar untuk dibayangkan oleh orang lain

Di pida ada bahang panasnya jika tidak biasa terasa amat perit. Kata abah putih KL akan malap jika bertandang ke pida namun putih pida tetap putih walaupun dimana-mana. Itu kata abah yang pernah membawa si putihnya bermaustautin di bumi Selangor suatu ketika dulu.

Di pida andai sejuk membenam sampai ke tulang sumsum. Minyak dibotol membeku. Kabus meliputi buminya takala fajar hinggalah syuruk.


Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal." [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]


Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Al-Kahfi 18:1
A002 (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
(Al-Kahfi 18:2) | 
A003 Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
(Al-Kahfi 18:3) | 
A004 Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
A005 (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
A006 Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
A007 Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
A008 Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
A009 Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan keku
A010 (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

A011